Posts

Showing posts from April, 2020

Pengedar Shaklee Senawang

Image
Assalamualaikum. Nama diberi Nur fardhilah Binti Mohamad Nor.  Merupakan anak kedua daripada 7 orang adik-beradik.  Berasal dari Muadzam Shah , Pahang dan kini menetap di Senawang, Seremban. Sudah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2015 dan  mempunyai 2 orang anak lelaki. Gambar raya tahun 2020 Bermula dengan sokongan dari suami, saya membuat keputusan untuk menjana pendapatan dari rumah. Saya berkenalan dengan Shaklee pada bulan Oktober 2015. Produk pertama yang saya beli waktu itu ialah Bcomplex, Zinc Complex dan  percuma sebotol Vitalea dengan berdaftar sebagai ahli. ' Alhamdulillah, setelah mendapat   #shakleeeffect   s aya lebih yakin untuk  menggunakan produk shaklee. Dan kini, saya seorang surirumah sepenuh masa yang  menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah. Saya merupakan seorang Pengedar Sah Shaklee di Seremban khususnya dan juga seluruh Malaysia. Saya juga membuat COD di kawasan SEKITAR SERE

Dapur Dila: Kacang Panggang Masak Sos

Image
Kacang panggang  ni memang favourite dila kalau nak tahu. Dila memang suka sangat makan kacang panggang ni lagi-lagi dengan telur goreng. Memang awesome sangat rasanya!  actually sangat mudah untuk dimasak dan kalau dah takde idea  sangat nak masak. Ini memang resepi pilihan terbaik.hihi Sebenarnya , mak dila yang ajar makan kacang panggang ni. Mak dila ni jenis  suka masak western food sendiri . Chicken chop pon dia pernah buat.  Memang terbaikk la kan masakan mak-mak kita. Dila ni baru jugak belajar-belajar  nak masak sedap. Maklum lah belum ada anak.  Nanti dah ada anak memang hari-hari fikir nak masak apa kann?  macam mak kita la. tu yang jadi teror masak tanpa sengaja tuu. hihiks! Tapi , kacang panggang ni tak elok makan selalu sebab makanan dalam tin.  jadinya jangan laa pulun seminggu masak benda ni berkali-kali pulak ye. hehe. Lagi satu cara masak pon berbeza. Ada orang panas kan je makanan dalam tin ni.  Tapi dila masak cara kampung jela.

Dapur Dila: Pizza Homemade

Image
Sekarang ni musim Promosi Pizza dan Dominos kan? jadi teringin nak makan pizza. hehe Walaupon dah banyak kali beli Pizza dan Dominos yang tengah promo tu tetap tak jemu nak makan Pizza jugak! Dasar kuat makan tau. haha Sebenarnya dah lama dah nak buat pizza homemade ni disebabkan rumah akak ipar ada oven, maka menumpang lah nak mencuba pelbagai resepi. So, untuk first ni kitorang buat Pizza. Kebetulan dalam peti ais memang dah ada stok daging cincang, sosej dan mushroom . So apa lagi, guna je bahan yang ada  ni untuk buat pizza.  Hari cuti ni lah masa nak mencuba resepi. Kebetulan pulak , doh pizza ni guna doh buat cakoi je. Ini pon sebab akak ipar memang berniaga cakoi. So kitorang guna je doh ni. Nak cuba dulu tengok camne rasa.Benda dah ada tak yah membazir.Pagi tadi lepas siap-siap kemas rumah terus pergi rumah akak ipar dan terus start buat pizza.  Antara bahan yang digunakan untuk topping pizza ialah Sosej, daging cincang ( gambar lupa nak ambil) , lada benggala dan

Dapur Dila: Ayam Masak Kicap

Image
Assalamualaikum, tetiba rasa terpanggil nak tulis blog malam ni. hehe free-free ni camni boleh la nak share sikit respi ayam masak kicap pedas semalam. almaklum aku ni pelupa sikit orangnya. sekali masak sekali tu tanya mak. haha macam tulah situasi di dapur kalau memasak masa bujang-bujang dulu la. sekarang ni dah kahwin kena lah berdikari. tapi tu pon takboleh move on lagi. still tanya mak  tapi kali ni tanya macam mana nak bajet makanan. especially kalau kawan-kawan / tetamu nak datang rumah. hehe sabo je aku ni kan. anyway, aku update resepi sini boleh lah korang cuba jugak kan. masakan ni ikut kreativiti sebenarnya tapi aku ni memang kena test dulu resepi kot tak menjadi lak kan kalau terlebih kreatif. haaa, sape nak makan? hihi ok, kita mula ye. RESEPI AYAM MASAK KICAP PEDAS BAHAN : 1. setengah ekor ayam 2. halia 3. bawang putih 4. bawang merah 5. cili padi ( ikut banyak mana nak letak , nak pedas buh banyak2 ler) 6. kentang 7. kicap pekat 8. kicap ma

Dapur Dila: Mee Goreng Basah Sedap!

Image
Assalamualaikum. Lama menyepi daripada berblogging. Ini semua gara-gara pemalas nak menaip. haha. Bukan apa, sejak mengandung ni mood lain macam. Mohon doa semua supaya sis cepat sedar diri yang blog ni ada tuan! hehe okla, dah lama tak share resepi masakan kan? benda paling best dalam hidup try resepi dan makan! pastu gemuk jangan salah kan orang lain pulak. haha. Don worry vitamin Shaklee kan ada. Kalau nak tahu, mee goreng basah is my favourite masa zaman bujang-bujang dulu. Tapi sejak peristiwa order mee goreng basah kat kedai macam mee hailam, sis jadi kecewa! Baik buat sendiri kat rumah, Lagipon dah lamaaaaa sangattt tak makan mee goreng basah ni sebab mee kuning sekarang banyak kapur. Last-last teringin , beli juga mee kuning kat MYDIN SENAWANG. Alhamdulillah mee dia sedap dan takde kapur langsung! BAHAN-BAHAN : sebungkus mee kuning ( boleh makan 3 orang)  cili kering diblender lumat ( ikut suka banyak mana) bawang merah di potong bulat bawang putih di cincang halus

Dapur Dila : Resepi Ayam Paprik

Image
Hai, dalam lama tak jenguk blog ni. Rasa macam dah bersawang sangat. Tapi bila fikir balik kan.. blog ni blog penyelamat untuk tulis resepi tau! hihi.  Jadi harini nak share dengan korang semua resepi masak ayam paprik.  Sebenarnya resepi ayam paprik ni sedap sangat tau lagi-lagi mak yang masakkan. Bila teringin rasa nak makan paprik je of course suruh mak masakkan. Tapi dah kahwin ni kena belajar lah kan resepinya. Bila-bila boleh cuba kat rumah sendiri. Jadi sempatlah aku menyalin resepi sesambil masak supaya tak lupa cara masaknya. Yang penting cara masak tu yang kena tahu baru hasilnya sedapp hingga menjilat jari tau.  Bahan-bahan yang diperlukan: Ayam cincang - potong 20 bahagian Bawang merah Bawang putiH Halia Cili kering Sayur - biasanya guna carrot, kacang panjang dan kobis bunga.Carrot tetiba takde pulak.haha Serai - ketuk je ,guna dalam 4-5 batang Daun limat purut - wajib ada! kalau tak ada ni tak jadi la paprik korang. guna lebih