Cara Mencegah Kencing Manis
Kencing manis sebenarnya boleh dicegah. Dila nak kongsikan dalam entry ini apa cara yang terbaik untuk mencegah kencing manis.Semoga entry ini bermanfaat kepada anda yang membaca.
Seperti yang kita semua maklum, komplikasi kencing manis sangat bahaya untuk kesihatan kita. Sekali kita disahkan penghidap Kencing manis kemungkinan buah pinggang, jantung dan organ lain juga turut berisiko untuk mendapat penyakit lain. Jadi , kita kena tahu dan peduli tentang kesihatan tubuh kita sendiri. Lagi-lagi pada masa kini kencing manis boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira orang dewasa mahupon kanak-kanak. Malah Malaysia dikategorikan sebagai negara yang paling ramai penghidap kencing manis akibat dari gaya hidup serta pemakanan yang tidak sihat.
CARA MENCEGAH KENCING MANIS
1. Aktif bersukan.
Zaman yang serba canggih dengan teknologi ini menyebabkan ramai orang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Sebab itu, kalau kita lihat ramai orang muda yang mengalami berat badan berlebihan akibat dari gaya hidup yang tidak sihat dan risiko untuk terkena kencing manis sangat lah tinggi apabila makanan yang dimakan tidak digunakan sebagai tenaga.
2. Kurangkan manis dalam minuman.
Sekarang ni terlalu banyak makanan atau minuman yang dihias-hias agar tertarik mata yang memandang untuk mencuba. Yang pasti air atau makanan tersebut amatlah tinggi kandungan gula. Kalau di amalkan setiap hari besar kemungkinan untuk terkena kencing manis itu sangat lah tinggi. Jadi banyakkan minum air kosong dan kurangkan manis untuk menjaga kesihatan.
3. Karbohidrat kompleks
.
Karbohidrat kompleks iaitu nasi mempunyai glisemik index yang sangat tinggi.
GI ini adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula dalam badan. Oleh itu,
semakin tinggi GI , semakin cepat kadar gula dalam darah akan naik.
Sebab itu, jika anda disahkan menghidap kencing manis NASI adalah musuh utama anda!
4. Minum air kosong setiap hari.
Latih diri untuk biasakan minum air kosong sekurang-kurannya 8 gelas sehari. Air kosong bagus untuk kesihatan kerana ia dapat melancarkan sistem pencernaan dalam badan dan fungsi organ berjalan dengan baik.
5. Menjaga berat badan
Berat badan sentiasa dikaitkan dengan masalah kesihatan. Hal ini kerana berat badan yang melebihi BMI normal sudah pasti berisiko tinggi untuk dapat pelbagai penyakit. Tak lari juga dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Jadi, pastikan berat badan kita berada di tahap yang normal.
6. Elakkan susu pekat
Susu tin pekat tu sangat tinggi kandungan gula. Kalau boleh dalam peti ais tu jangan ada susu pekat ni bagi mengelakkan kita kerap buat air pakai susu pekat. Susu pekat ni kalau di ambil setiap hari, di tambah pula gaya hidup yang tidak aktif memang tinggi risiko kena kencing manis.
Sekarang kita semua dah tahu kan apa yang menyebabkan kencing manis ni, jadi sama-sama lah kita semua jaga kesihatan supaya kita tidak terkena penyakit yang boleh menyebabkan organ dalaman kita rosak secara senyap.
Bagi anda yang terkena penyakit kencing manis ini, masih belum terlambat untuk anda berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. VIVIX berfungsi membaiki sel-sel dalaman yang rosak dan sangat berkesan dengan izin ALLAH untuk pesakit-pesakit kronik.
Kalau nak tahu, mak mentua Cik Dila dulu pon hampir kena potong kaki disebabkan kencing manis tapi ikhtiar hanya 2 botol VIVIX sahaja Alhamdulillah dengan izin Allah luka bercantum kembali dan doktor tak jadi potong.
Syukurrr masih boleh ikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE.
sekiranya anda ingin mendapatkan produk shaklee , pastikan anda dapatkan dari team SuperStarFamily atau dari Cik Dila sendiri kerana team kami mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman serta pengetahuan produk 20 tahun.
klik : Daftar Ahli untuk dapatkan produk Shaklee dengan lebih jimat.
No. ID : 1211873
Comments